Maklumat Komputer: Pencetak (Printer)

20110219

Pencetak (Printer)


Di dalam bidang komputer, pencetak merupakan satu peranti yang mencetak teks dan/atau grafik sesuatu dokumen yang tersimpan di dalam bentuk elektronik, biasanya pada fizikal media cetak yang biasa seperti kertas. Kebanyakan pencetak menggunakan kabel untuk bersambung pada komputer atau yang terbaru menggunakan USB. Sebahagian pencetak, lebih dikenali sebagai pencetak rangkaian (network printer), mempunyai built-in network interface, kebiasaannya wireles dan/atau berasaskan Ethernet, dan dapat berfungsi sebagai hard copy device untuk setiap pengguna rangkaian tersebut.

Pencetak Inkjet Dan Laser
Ada berbagai-bagai jenis pencetak yang boleh dipilih untuk pengguna rumah, antaranya pencetak inkjet (bubble jet) atau pencetak laser. Pencetak dot matrik kurang popular dan kian berkurangan. Ia sangat bising serta lambat bila beroperasi tetapi agak penting sekiranya diperlukan untuk membuat stensil kerana kekuatan mata cetaknya.


Pencetak persendirian biasanya di rekabentuk untuk menyokong pengguna local dan network pada masa yang sama. Selain itu, sebilangan pencetak moden dapat berhubung secara langsung kepada media elektronik seperti memori cards, kamera digital and pengimbas (scanner). Ada juga pencetak yang digabungkan bersama dengan mesin faks di dalam satu unit dan juga dapat berfungsi sebagai mesin fotokopi. Pencetak yang menggabungkan semua ini juga dipanggil pencetak multi-fungsi [multifunction printer(MFP)], peranti multi-fungsi [multi-function device (MFD)] atau semua dalam satu [all-in-one (AIO)]. 


Jumlah Cetakan
Jumlah cetakan bagi inkjet model biasa sebanyak 2 hingga 5 muka seminit (ppm - pages per minute), memerlukan kertas yang mahal untuk mendapatkan hasil yang baik. Sekiranya ink warna digunakan, mencetak salinan hitam putih agak perlahan berbanding dalam bentuk warna.

Pencetak laser lebih laju, dapat mencetak di kertas yang biasa dan murah. Pencetak laser boleh mencetak sebanyak 8 hingga 12 muka seminit. Dari segi kegunaan ink, kos bagi pencetak inkjet lebih kurang 8 sen ke 10 sen semuka dan separuh pula bagi pencetak laser.


Terdapat juga pencetak inkjet serba guna iaitu selain mencetak ia boleh mengimbas, fotostat dan menghantar fax, Kebanyakan pencetak inkjet mengeluarkan kualiti cetakan yang amat cantik. Pemilihan pencetak terpulang kepada individu serta kegunaan yang hendak dibuat. Sebelum membeli pencetak, sebaiknya dapatkan maklumat dari pengeluar seperti jaminan dan kemampuan mencetak.

No comments:

Post a Comment