Maklumat Komputer: Sistem UPS (Uninterruptable Power Supply)

20110219

Sistem UPS (Uninterruptable Power Supply)


Uninterruptable Power Supply (UPS) berfungsi membekalkan tenaga elektrik yang berterusan ketika berlaku gangguan elektrik. Ini mengelakkan pengguna kehilangan segala hasil kerja mereka dan membenarkan penguna menyimpan kerja mereka dengan segera dan mematikan komputer mereka secara berjadual. Kebanyakan UPS juga berfungsi sebagai pengawal arus.

Tenaga yang dibekalkan dan tempoh masa yang mampu dibekalkan bergantung kepada keupayaan UPS itu, dan sebanyak mana beban yang ditanggung (berapa banyak komputer dan perkakasan komputer yang bersambung kepada UPS itu). Pada kebiasaannya bekalan tenaga berterusan (UPS) mampu bertahan antara 15 minit sehingga 30 minit sahaja.


UPS tidak bertujuan membekalkan elektrik untuk bekerja lama, ia hanya sekadar membenarkan pengguna menyimpan kerja mereka sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Segeralah menyimpan hasil kerja anda sekiranya berlaku gangguan elektrik. UPS mampu mengeluarkan isyarat bunyi amaran sekiranya berlaku ganguan.

No comments:

Post a Comment