Maklumat Komputer: Monitor

20110219

Monitor


Monitor dan radiasi
Monitor merupakan salah satu peranti output yang tidak boleh dipandang ringan. Pertama sekali harus difikirkan tentang sinar radiasi yang dipancarkan. Bekerja dengan komputer tanpa berhenti rehat boleh merosakkan mata si pengguna. Setelah sejam bekerja, ambil rehat 5 minit atau sekadarnya untuk kebaikan diri. Guna filter monitor yang baik boleh meringankan sedikit keletihan mata. Monitor keluaran baru kini kebanyakannya telah lulus ujian radiasi.

Apa itu sindrom carpel tunnel?
Bila tangan dan pergelangan tangan mula merasa sakit dan kebas, akibat bekerja berpanjangan dengan komputer, itu tanda-tandanya mengalami sindrom carpel tunnel (carpel tunnel syndrome). Elakkan dari berlakunya perkara ini dengan mengambil masa untuk rehat dan sekaligus boleh meredakan ketegangan. walaupun papan kekunci dan tetikus menyumbangkan kepada sindrom berkenaan, monitor juga terlibat secara langsung. Bebanan teknologi yang berterusan harus dikurangkan secara realistik. E-mel, SMS, faks dan Internet dielakkan semasa rehat. Latihkan diri berhati-hati dengan aliran teknologi yang boleh memakan diri.


CRT dan LCD
Monitor boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu monitor CRT dan monitor yang berasaskan LCD. Monitor CRT atau paparan tiub sinar katod (cathode-ray tube) telah lama dicipta dan kini masih dikeluarkan dengan mutu yang bertambah baik dan canggih. Monitor LCD atau paparan kristal cecair (liquid crystal display) pula baru diperkenal dan agak mahal harganya. Ada beberapa kelebihan monitor LCD berbanding monitor CRT seperti tiada pancaran radiasi, kurang menggunakan tenaga elektrik, ia tidak memakan ruang yang besar dan amat comel sekali. Isu keserasian meniadi topik utama bila menggunakan monitor LCD kerana output dari komputer ke monitor masih dalam gelombang analog (analogue wave). Monitor CRT memerlukan keadaan ini. Monitor LCD ialah sebuah peranti digital, harus mempunyai satu cip dalam dirinya untuk memproses gelombang analog ke digital. Di sinilah timbulnya masalah bila pemproses grafik komputer dan monitor LCD tidak seimbang (synchronize), imej monitor menjadi kabur. Hati-hati semasa membeli monitor LCD, dapatkan monitor dengan pemproses yang mampu memberi imej yang tajam.


Resolusi dan kedalaman warna
Prestasi resolusi juga bergantung kepada jenis kad video yang digunakan.  Juga selain resolusi, jumlah kedalaman warna (color depth) sangat penting untuk prestasi sesebuah monitor. Contohnya, ada beberapa warna iaitu 16 colors, 256 colors, 16-bit color, 24-bit color dan 32-bit color. 16-bit color bererti monitor boleh mengeluarkan 2 ganda 16 (65,536) warna.  Begitu juga bagi 24-bit color dan 32-bit color memberikan jumlah warna yang paling cemerlang. Terpulang kepada kemampuan kad video dan monitor untuk mengeluarkan resolusi dan warna yang dikehendaki. Untuk melayari laman web di Internet dan untuk sesetengah permainan komputer, ukuran sekurang-kurangnya Highest (32-bit color) dan resolusi 800 X 600 piksel (pixel) diperlukan.

Monitor CRT bercorak interlaced dan non-interlaced
Selain perkara di atas, ada dua corak (patern) tembakan elektron dalam monitor yang harus diambil kira. Yang pertama, monitor bercorak interlaced dan kedua non-interlaced. Monitor interlaced menembakkan elektron selang sebaris dalam monitor dan jenis non-interlaced pula setiap baris. Kadar refresh (vertical frequency) pada monitor bererti kemampuan monitor membuat update pada skrin dalam sukatan misalnya 75Hz. 'Flicker' pada monitor tidak akan dapat dikesan oleh mata dalam sukatan ini.

Kenapa sukatan Hz? 
Hz atau nama penuhnya Hertz juga membawa maksud Pusingan sesaat (cycle per second).  Sebagai contoh, apa yang sebenarnya berlaku, mentol menyala dan padam setiap masa kerana mengikut gelombang arus elektrik turun naik. Didapati 50 pusingan sesaat atau 50Hz adalah ukuran yang paling sesuai bagi mata tidak dapat rnengesan flicker dan ia diterima sebagai satu sukatan standard. Ukuran khas untuk mentol ini jika tidak betul boleh membuat pengguna merasa pening dan tidak selesa.

No comments:

Post a Comment