Maklumat Komputer: Serial Advanced Technology Attachment (SATA)

20110219

Serial Advanced Technology Attachment (SATA)


SATA merupakan satu antaramuka (interface) baru berasakan teknologi lama iaitu PATA, atau Parallel-ATA (Pada asalnya dikenali sebagai ATA, kemudian dipanggil PATA bagi membezakannya dengan SATA). Antaramuka SATA digunakan untuk menyambungkan device seperti hard disk drive, cd-ROM, DVD-ROM dan ia semakin poular. Secara perlahan-lahan ianya menggantikan sambungan antaramuka standard ATA kerana kelajuan pemindahan datanya yang lebih tinggi. SATA merupakan salah satu daripada computer bus dalam kategori external bus, dan ianya disambung secara sesiri (serial) berbanding dengan ATA standard, atau PATA yang disambung secara selari (parallel). Antaramuka SATA terkini boleh mencapai kadar pemindahan data sehingga 1.2 Gigabit sesaat, atau 150 Megabait sesaat.

Sama seperti hardware yang menggunakan antaramuka standard ATA, hardware SATA juga memerlukan kabel kuasa dan kabel penyambung ke SATA controller di motherboard untuk berfungsi. Apa yang membezakannya ialah fizikal kabel bekalan kuasa dan kabel penyambung. Untuk antaramuka SATA, kabel bekalan kuasa 15-pin, berbeza dengan ATA yang menggunakan kabel belakan kuasa molex 4-pin. Jika standard ATA menggunakan kabel IDE 40-pin untuk penghantaran data, SATA pula menggunakan kabel 7-pin yang jauh lebih halus. Antaramuka SATA juga tidak menggunakan konfigurasi master/slave seperti standard ATA dalam penyambungan hardware ke sistem PC.


No comments:

Post a Comment