Maklumat Komputer: Advanced Technology Attachment (ATA) / Kabel IDE

20110219

Advanced Technology Attachment (ATA) / Kabel IDE


ATA, atau dengan nama lain iaitu IDE, E-IDE, ATAPI, UDMA, PATA, semuanya merujuk kepada antaramuka standard bagi penyambungan hard disk drive dan optical drive (CD-ROM drive, DVD-ROM drive dan sebagainya) pada sistem PC dengan menggunakan kabel riben IDE (atau lebih dikenali ramai sebagai kabel IDE). Kabel IDE menyambungkan hard disk drive dan optical drive ke IDE connector (atau IDE controller) yang terdapat di motherboard PC. Pada zaman awal pengenalan ATA, antaramuka ini hanya boleh disambungkan kepada hard disk drive sahaja. Tetapi lama kelamaan antaramuka ini dinaik taraf dan boleh disambungkan pada banyakhardware lain seperti optical drive dan ZIP drive.ATA merupakan salah satu dari computer bus dalam kategori external bus. Dengan pengenalan sejenis antaramuka baru iaitu SATA(Serial –ATA), yang juga merupakan computer bus jenis external, antaramuka ATA lebih dikenali sebagai PATA (Parallel-ATA) – kerana ATA asal merupakan sejenis external bus yang disambung secara selari (parallel) manakala SATA pula disambungkan secara sesiri (serial).

Penyambungan hardware ke antaramuka ATA
Hardware seperti hard disk dan optical disc drive disambungkan ke antaramuka ATA dengan menggunakan kabel IDE, seperti gambarajah di bawah.:


Kebiasaannya, terdapat 3 soket penyambung/connector 40-pin pada kabel IDE. Satu soket connector, iaitu yang mempunyai jarak yang agak jauh antara soket connector bersebelahan disambungkan ke IDE Connector pada motherboard. Manakala baki dua soket connector disambungkan kepada IDE Connector yang terdapat pada hard disk drive atau optical drive.

Oleh kerana terdapat dua IDE Controller pada motherboard (primary dan slave), dan dua hardware boleh disambungkan pada satu kabel IDE (kerana ada dua soket connector), maka hanya maksimum empat hardware(yang disambung pada antaramuka ATA, iaitu hard disk drive, optical drive dan ZIP drive) yang dapat disambungkan pada antaramuka ATA standard. Dan setiap hardware yang disambungkan pada kabel IDE pula mempunyai konfigurasinya sendiri, sama ada Master atau Slave.

Jika anda ingin menggunakan lebih daripada empat hardware, maka anda boleh menyambungkannya pada IDE Controller tambahan yang boleh didapati dalam bentuk expansion card dan disambungkan ke slot PCI.


No comments:

Post a Comment