Maklumat Komputer: Modem Bermasalah Atau Gagal Dikesan

20110221

Modem Bermasalah Atau Gagal Dikesan

Soalan:
Saya mempunyai bebarapa masalah dengan modem yang baru dibeli iaitu model Arenet 56kbps
  1. Sesudah membuatsetting untuk pelayaran Internet (Network dalam Control Panel), ianya berjalan dengan lancar dan baik. Masalahnya apabila saya ingin melayari Internet pada keesokannya terdapat satu mesej please check your modem connection or the modem is out of servise. Apabila saya setting semula, ianya dapat berjalan dengan biasa tetapi masalah ini akan berulang pula pada keesokannya.
  2. Semasa melayari internet ianya selalu tergantung dengan mesej close your program. Adakah ianya disebabkan oleh program cetak rompak ataupun sebab-sebab lain.

Jawapan:
  1. Didapati bahawa terdapat beberapa jenis modem dipasaran yang tidak sesuai digunakan dengan komputer-komputer yang lebih rendah daripada Pentium 100MHZ termasuklah komputer lama dan yang masih menggunakan cip pemproses 486. Kes ini lebih ketara sekiranya modem berkenaan adalah dari jenis modem dalaman. salah satu simptom dari masalah ini ialah seperti yang saudara kemukakan diatas. Akibatnya pengguna terpaksa mengulang proses setting hampir setiap kali hendak menggunakannya ataupun kadang-kadang terpaksa mencabut terlebih dahulu talian telefon daripada soketnya. Perkara ini terjadi kerana modem berkenaan tidak serasi dan gagal berkomunikasi secara baik dengan papan induk (motherboard) komputer. Ia mungkin sememangnya dicipta untuk komputer-komputer dengan cip pemproses dan papan induk terkini sahaja.
  2. Masalah tergantung semasa proses pelayaran Internet terjadi mungkin atas beberapa sebab. Pertamanya, mungkin laman Web yang dikunjungi menggunakan teknologi canggih seperti Java Applet atau sebagainya, sedangkan perisian pelayar (browser) anda tidak menyokongnya (selalunya ralat illegal operation akan dipapar. Ia mungkin disebabkan oleh cakera keras (harddisk) ada telah terlalu penuh dan tiada ruang untuk perisian pelayar membuat cache. Kemungkinan lain ialah masalah modem yang tidak dikonfigurasi dengan baik ataupun ia gagal berkomunikasi dengan baik.

No comments:

Post a Comment