Maklumat Komputer: Laman Web Tidak Boleh Dicari

20110219

Laman Web Tidak Boleh Dicari

Soalan:
Saya mempunyai komputer peribadi Pentium 200 MMX dengan 32MB RAM.
  1. Apakah yang dimaksudkan registry problem dan bagaiman cara terbaik mengatasinya.
  2. Saya menggunakan Netscape Communicator dan ada membuat laman Web peribadi di Tripod dan masalahnya, setelah membuatnya saya tidak dapat mencari (search) di Netscape itu sendiri, begitu juga dimana-mana komputer yang mempunyai perkhidmatan Internet. Apakah puncanya dan adakah sekiranya laman Web yang di search perlu dibayar? 

Jawapan:
  1. Registry problem adalah salah satu masalah yang kerap muncul sekiranya anda memasang (install) atau membuang/memadam sesuatu program secara tidak sempurna. Pastikan anda membuang sesuatu program yang tidak disukai dengan menggunakan uninstall dan bukannya memadamkan (delete) fail-fail yang berkenaan begitu sahaja.
  2. Apabila seseorang membuat laman Web, tidak ada sesiapapun yang akan mengetahui kewujudannya sehinggalah dia memaklumkan kepada seseorang. Maksud saya, setelah anda selesai membuat sesuatu laman Web, anda haruslah `mencanangkan' supaya orang lain tahu. Dalam konteks ini, anda mestilah terlebih dahulu memaklumkan kepada enjin pencari tentang alamat dan kandungan laman Web anda supaya ia `dapat pergi dan melihatnya' terlebih dahulu. Setelah itu enjin pencari berkenaan akan mengambil masa, biasanya antara sehari sehingga dua minggu sebelum maklumat laman Web tersebut dapat dimasukkan ke dalam pengkalan data cariannya.

No comments:

Post a Comment