Maklumat Komputer: Menetapkan Drive Letter Bagi USB Drive Anda

20110221

Menetapkan Drive Letter Bagi USB Drive Anda

Setiap kali anda memasukkan USB drive kepada PC, drive letter bagi USB drive tersebut akan berubah-ubah. Contohnya, kadang – kadang USB drive anda berada pada H:, dan kadang – kadang ia berada pada I:. Keadaan ini berlaku kerana Windows akan meletakkan mana-mana drive letter yang tidak digunakan kepada USB drive tersebut.

Tahukah anda bahawa anda boleh menetapkan USB drive anda kepada satu drive letter khas? Ini sangat berguna jika anda selalu membuat backup terhadap USB drive anda. Ikuti langkah – langkah di bawah.

1. Tekan Win + R untuk membuka kotak Run, taipkan compmgmt.msc dan tekan Enter.


2. Pergi kepada Disk Management

3. Right-click pada USB drive anda dan pilih Change Drive Letter and Paths.



4. Perhatikan drive letter bagi USB drive anda. Klik Change untuk mengubah drive letter tersebut dan klik OK


5. Kemudian, klik pada butang Add.

6. Pada window yang berikutnya , klik pada butang Browse.

7. Buat satu folder kosong dalam hard disk anda, dan pilih folder tersebut. Klik OK.


8. Pada window yang seterusnya, klik OK.


No comments:

Post a Comment