Maklumat Komputer: Matikan Autoplay Dalam Windows XP

20110221

Matikan Autoplay Dalam Windows XP

Fungsi Autoplay dalam Windows XP berfungsi untuk melancarkan satu-satu program dalam CD, USB Drive, atau Hard Disk secara automatik. Namun, kebanyakan virus dan malware telah menggunakan fungsi ini untuk menjangkiti komputer anda, dan membawa pelbagai kerosakan. Ikuti langkah-langkah di bawah bagi mematikan fungsi Autoplay ini:

Mematikan Autoplay Menggunakan Group Policy Editor
Pergi kepada Start > Run.
Taipkan gpedit.msc dan tekan Enter.
Di bahagian kiri Group Policy Editor, pergi kepada Administrative Template > System.
Di sebelah kanan Group Policy Editor, cari pilihan ‘Turn Off Autoplay’. Double-click pada pilihan tersebut.
Pilih Enabled dan klik pada butang OK.

Jika anda tidak mahu menggunakan gpedit.msc, anda juga boleh menggunakan regedit, seperti di bawah:

Mematikan Autoplay Menggunakan Registry Editor

1. Pergi kepada Start > Run
2. Taipkan regedit dan tekan Enter
3. Di bahagian kiri Registry Editor, pergi kepada nilai ini:
  • HKEY_CURRENT_USER 
  • Software
  • Microsoft
  • Windows
  • CurrentVersion
  • Policies
  • Explorer
4. Di sebelah kanan Registry Editor, cari pilihan NoDriveTypeAutoRun. Double-click pada pilihan tersebut.
5. Tukar nilai kepada 91. Pastikan pilihan pada Base adalah Hexadecimal.

No comments:

Post a Comment