Maklumat Komputer: Definisi Papan Induk (Mother Board)

20110219

Definisi Papan Induk (Mother Board)


Papan induk berfungsi sebagai jantung sebuah komputer. Ia merupakan sebuah papan litar yang besar dan terletak dibahagian bawah casis setiap unit setiap komputer. Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan diatasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sebuah komputer.

Papan induk boleh dianggap sebagai salah satu perkakasan yang sangat penting dalam sesebuah komputer. Pemilihannya bergantung kepada tugasan yang hendak dibuat dan kemampuan upgrade. Di atas papan induk akan diletakkan pelbagai perkakasan seperti CPU, RAM, kad-kad tambahan dan sebagainya. Ini bererti, semasa membeli papan induk, buatlah pemilihan yang bijak kerana perkakasan boleh ditambah tanpa perlu menukarkan papan induk.  Ada berbagai-bagai jenis papan induk mengikut prosesor yang hendak digunakan.

Papan induk datang dalam bentuk AT dan ATX. Papan induk AT telah berada di pasaran sejak sekian lama. Papan induk ATX memasukkan komponen seperti Port COM1, COM2, LPT1, USB dan PS/2 di atasnya tidak seperti papan induk AT. Dengan sendirinya, papan induk ATX memeriukan kotak komputer jenis ATX dan bekalan kuasa jenis ATX juga.


Papan induk adalah salah satu komponen yang diperlukan untuk membina sistem komputer. Terdapat bermacam2 saiz motherboard di pasaran. Antara jenama motherboard yang popular adalah Gigabyte, Asus dll. Untuk memulakan pemasangan komputer anda sendiri, motherboard adalah komponen yang pertama anda perlu selidik. Ini adalah kerana spesifikasi komputer yang lain seperti jenis processor, RAM, Hard disk, graphic card dan lain2 adalah bergantung kepada sokongan (support) oleh motherboard. Beberapa perkara yang anda perlu ambil perhatian semasa hendak membeli motherboard adalah :

Kelajuan Front Speed Bus (FSB ) yang disokong
Kelajuan FSB dinyatakan dalam unit Megahertz (MHz), contohnya 1066 MHz, 800 MHz dll. Biasanya FSB yang disokong akan dinyatakan dalam julat (range) tertentu, contohnya motherboard MS-7255 menyokong FSB 1066/800/533 MHz. Ini bermaksud, semua nilai FSB yang dinyatakan adalah disokong. Kelajuan FSB yang disokong oleh motherboard haruslah sama dengan kelajuan FSB pada processor dan RAM.

Jenis pemproses yang di sokong (Processor support)
Terdapat tiga perkara yang perlu diambil kira iaitu jenis dan kelajuan processor, kelajuan FSB processor dan bentuk pakej processor yang disokong oleh motherboard. Jenis processor, kelajuan processor, kelajuan FSB dan pakej akan saya bincangkan dalam topik pemproses nanti. Contohnya:
Jika anda mahu membina sistem komputer dengan pentium 4, anda harus memastikan processor yang anda beli disokong oleh motherboard, pastikan anda mengikut format ini:
  • Senaraikan spesifikasi processor mengikut format (jenis dan kelajuan processor, kelajuan FSB processor, jenis pakej)
  • contohnya
    (Pentium 4 2.0 GHz, FSB 800MHz, LGA775 Package)
    Pastikan anda membeli motherbord yang memenuhi sokongan spesifikasi seperti di atas.
Jenis Memori (RAM) yang disokong (Memory support)
Terdapat tiga perkara yang perlu dimbil kira iaitu jenis RAM, kelajuan FSB RAM dan had maksima RAM yang disokong. Jenis RAM dan kelajuan FSB RAM akan saya bincangkan dalam topik RAM nanti. Contohnya:
Jika anda mahu membina sistem komputer dengan RAM 1GB DDR2, anda harus memastikan RAM yang anda beli disokong oleh motherboard, pastikan anda mengikut format ini: (Jenis dan kapasiti RAM, kelajuan FSB RAM) , contohnya ( DDR2 512MB, FSB 667)
Pastikan anda membeli motherboard yang memenuhi spesifikasi seperti di atas.

Sokongan Slot (Slots)
Kebiasaannya, jenis slot yang terdapat pada motherboard adalah AGP, PCI Express dan PCI. Slot biasanya digunakan untuk menempatkan komponen Expension Card seperti Graphic card, Sound card, TV card, Modem dan sebagainya. Biasanya, semasa hendak membeli motherboard, anda harus memastikan jumlah slot mengikut jenis. Contohnya, jika anda bercadang hendak menggunakan 2 Expension Card jenis PCI dan 1 PCI express, maka motherboard yang hendak dibeli haruslah mempunyai sekurang-kurangnya 2 slot PCI dan 1 slot PCI Express.

Sokongan IDE @ SATA
IDE @ SATA digunakan bagi membeli hard disc. Jika motherboard anda menyokong IDE, maka anda haruslah membeli hard disc jenis IDE ataupun motherbord anda menyokong SATA, maka anda haruslah membeli hard disc jenis SATA.

Sokongan Connectors
Digunakan bagi menentukan jenis keyboard, mouse, monitor dan casing yang akan dibeli. Terbahagi kepada dua iaitu:
Back Panel
yang terdiri daripada PS/2 keyboard dan mouse, Serial, Parallel, VGA (optional), USB, LAN (optional), Audio (optional).
Onboard Pinheaders
Yang terdiri daripada Front audio, CD-in, SPDIF (optional), USB, Serial (optional).

Form factor
Saiz motherboard dinyakan dalam bentuk form factor. Biasanya dinyatakan dalam format:
(Jenis form factor, saiz) contohnya (Micro-ATX 24.4cmX21.0 cm).

Digunakan bagi menentukan jenis casing yang akan dibeli. Pastikan saiz dan form factor motherbord disokong oleh casing.

No comments:

Post a Comment