Maklumat Komputer: Kotak Komputer (Casing)

20110219

Kotak Komputer (Casing)


Kotak komputer datang dalam beraneka bentuk untuk menampung pelt)agai jenis papan induk. Tujuan sebenar kotak komputer urituk bagi melindungi perkakasan dari habuk, debu, benda-benda asing dan sebagainya. Dua bentuk kotak komputer yang ketara ialah AT dan ATX. Harga sebuah ketak komputer ATX lebih mahal berbanding dengan kotak AT kerana hentuk penyambung yang baru serta saiznya agak lebar. Dalam bekalan kuasa jenis baru ini juga terdapat penambahan voltan 3V.  

Ada berbagai-bagai jenis kotak komputer AT untuk dipilih mengikut kemahuan dan keadaan seperti Desktop, Mini tower, Midi tower dan Midi tower. Terdapat satu lagi rekabentuk kotak komputer dipanggil ATX yang amat popular, dikhaskan untuk papan induk jenis ATX juga. Bentuknya dalam golongan Mini, Midi, Maxi dan Desktop. Biasanya kotak komputer ATX agak lebar bentuknya dan dibekalkan dengan bekalan kuasa jenis ATX.

 

No comments:

Post a Comment