Maklumat Komputer: Cakera Keras (HDD)

20110219

Cakera Keras (HDD)


Cakera keras (hard disk) merujuk kepada komponen yang digunakan bagi menyimpan data, yang terpasang di dalam komputer dan dapat menyimpan data dengan lebih banyak berbanding dengan penyimpan data mudah alih seperti cakera liut, cakera mini, CD-ROM, atau pita.

Cakera keras disambungkan ke papan induk sama ada menggunakan antaramuka SATA ataupun IDE yang juga dikenali sebagai ATA selari.

Sepintas lalu
Cakera keras sebenarnya menyerupai sebuah piring yang berputar laju dengan satu pointer membaca, menulis dan memadam maklumat atau data-data di atasnya. Piring ini tersimpan di dalam satu bekas kejap bagi mengelakkan dari debu, habuk, asap dan sebagainya.

Ciptaan canggih ini ada banyak kelemahan dan harus diberi penjagaan yang sewajarnya. Pertama, ia tidak boleh jatuh dari jarak apa pun, dari itu pergerakannya harus cermat. Kedua, semasa operasi, penutupan yang mengejut boleh membantu menambah kerosakan permukaan piring yang popular dengan panggilan 'bad sector' atau sektor rosak. Bekas cakaran atau parut ini biasanya tidak boleh diperbaiki sehingga akhir hayatnya. Penutupan atau shut down yang betul harus dilakukan setiap kali ingin keluar dari komputer terutama dengan sistem operasi jenis Windows. Bekalan elektrik yang terputus dengan tiba-tiba, satu jenis musuh yang digeruni oleh peralatan yang comel ini. Ketiga, penyusunan fail-fail yang kemas akan memberikan cakera keras keselesaan ia beroperasi. Pencarian fail akan meniadi cepat dan boleh memanjangkan umurnya. Selalu lakukan defrag atau penyusunan fail pada cakera keras. Keempat, pastikan kedudukannya dalam kotak komputer ada laluan udara dan kalau boleh ditambah kipas aksesori di atas cakera keras untuk penyejukan yang padu.


Mekanik
Data-data dalam cakera keras disimpan di permukaan piring magnetik yang berputar. Maklumat disimpan dengan menghantar fluks elektromagnet melalui satu antena atau kepala tulis (write head) yang amat berdekatan dengan permukaan piring, yang menjadikan permukaan magnetik itu menukar polarisasinya. Begitu juga maklumat dapat dibaca, apabila medan magnetik piring menghasilkan cas elektrik pada kepala baca (read head) yang menghampirinya.

Secara fizikal, cakera keras dibina daripada satu paksi tengah dan piring magnet itu akan berpusing pada satu kelajuan tetap. Dan diantara piring-piring tersebut terdapat satu kepala baca/tulis untuk setiap permukaan pada satu angker (armature) umum. Angker itu akan mengerakkan kepala ke mana-mana bahagian yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment