Maklumat Komputer: Unit Pemprosesan Grafik (GPU) & Kad Grafik (Graphic Card)

20110219

Unit Pemprosesan Grafik (GPU) & Kad Grafik (Graphic Card)


Unit pemprosesan grafik (GPU) adalah sebuah cip yang bertugas untuk memproses data grafik yang dihantar oleh CPU sebelum dipaparkan ke monitor. Unit pemprosesan grafik boleh jadi sama ada terbina di dalam papan induk ataupun dipakejkan dalam bentuk kad tambahan. Unit pemprosesan grafik yang dipakejkan dalam bentuk kad tambahan dikenali sebagai kad grafik. Kad grafik disambungkan ke papan induk sama ada melalui slot PCI (sehingga tahun 1998), slot AGP (sehingga tahun 2005) ataupun slot PCI Express (piawaian terkini).
Lazimnya, unit pemprosesan grafik mempunyai 4 komponen utama:
  1. Pemproses grafik - bertugas memproses data grafik. Pemproses grafik yang lebih berkuasa dapat memproses lebih banyak data grafik yang berat dan kompleks, terutamanya ketika bermain permainan komputer ataupun ketika melakukan kerja-kerja grafik berat.
  2. Ingatan grafik - ingatan capaian rawak yang dipasang pada unit pemprosesan grafik, berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara untuk diproses.
  3. Penukar digital-analog - menukarkan isyarat grafik digital dari kad grafik ke isyarat analog yang digunakan oleh monitor.
  4. Port VGA - menyediakan antaramuka dari kad grafik ke monitor, berfungsi menghantar isyarat akhir grafik yang telah diproses ke monitor.
Antara pengeluar utama unit pemprosesan grafik ialah NVIDIA dan ATI.


Kad Grafik (Graphic Card)


Kad grafik adalah kad tambahan (expension card) yang berfungsi untuk memproses dan menghasilkan imej untuk dipaparkan pada peranti output iaitu monitor. Kad grafik dikenali dengan pelbagai nama antaranya kad pemecutan grafik (graphics accelerator card) dan juga adapter grafik (graphics adapter). Pada masa sekarang, kad grafik berbentuk kad tambahan didatangkan dalam bentuk PCI-express. Kad grafik juga didatangkan dalam pakej terbina dalam iaitu disertakan bersama-sama dengan motherboard. Kad grafik jenis jenis biasanya dikenali sebagai video controller ataupun graphic controller.

Apabila ditanya tentang penggunaan kad grafik, biasanya ia akan dianggap sebagai komponen yang amat diperlukan untuk memainkan permainan video 3D. Konsep ini sebenarnya terlalu sempit. Selain daripada digunakan untuk memproses grafik berasaskan 3D, kad grafik juga digunakan dalam kerja-kerja berasaskan grafik seperti suntingan grafik dan animasi 3D.

Terdapat dua perkara yang perlu anda ambil perhatian iaitu:


Unit Pemprosesan Grafik (GPU)
Berfungsi untuk memproses data grafik. Dianggap otak kepada kad grafik. Dua perkara yang perlu diambil kira ialah:
  • Kelajuan jam teras (Core clock frequency) yang dinyatakan dalam unit megahertz (MHz).
  • Bilangan pipelines (penjana laluan) dinyatakan dalam unit pixel.
Semakin tinggi kelajuan jam teras dan banyak bilangan pipelines, semakin berkuasalah kad grafik tersebut. Kedua-dua elemen ini didarabkan bagi menghasilkan jumlah bayangan yang dijana oleh unit pemprosesan grafik tersebut. Contohnya kad yang mempunyai 8 pipelines pada 400MHz adalah lebih baik daripada kad grafik yang mempunyai 4 pipelines pada 500MHZ.


Memori Video
Berfungsi untuk menyimpan data grafik secara sementara sebelum diproses. Dinyatakan dalam unit Bait.Semakin besar bilangan bait pada memori video semakin lajulah kad grafik tersebut. Jumlah memori yang tinggi sahaja tidak memadai untuk menghasilkan grafik yang baik. Ianya perlulah diseimbangkan dengan GPU yang berkuasa.


Output

Menjadi penghubung kepada kad grafik dengan unit paparan komputer (monitor). Terdapat tiga port yang boleh didapati dipasaran sekarang.

VGA (Video Graphics Array)
Biasanya port ini berwarna biru. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk analog ke unit paparan. Port ini biasanya digunakan untuk monitor jenis CRT cathode ray tube).

DVI (digital visual interface)
Biasanya port ini berwarna putih. Ianya menyalurkan maklumat berbentuk digital ke unit paparan. Prot ini biasanya digunakan untuk monitor jenis LCD.

S-Video @ composite video
Membenarkan penyambungan ke televisyen dilakukan.

 

No comments:

Post a Comment