Maklumat Komputer: Slot AGP

20110219

Slot AGP


Tidak seperti computer bus lain, Accelerated Graphics Port (AGP) merupakan sejenis bus “point-to-point”, iaitu satu sambungan laluan penghantaran data dari “satu titik ke satu titik” berkelajuan tinggi yang hanya digunakan oleh satu hardware, iaitu graphics card pada sistem komputer peribadi. Ia tidak seperti kebanyakan computer bus lain di mana banyak hardware disambungkan pada satu laluan penghantaran data, iaitu “one-point to many”, atau sambungan “dari satu titik ke banyak titik lain”, seperti contoh PCI (Peripheral Component Interconnect) dan ATA (Advanced Technology Attachment) di mana lebih dari satu hardware dapat disambungkan pada satu bus (laluan penghantaran data), atau antaramuka yang sama.

Antaramuka sambungan AGP mulai digunakan untuk sambungan graphics card pada PC bagi menggantikan antaramuka PCI sekitar tahun 1998. AGP menawarkan kelajuan penghantaran data yang jauh lebih tinggi berbanding dengan PCI. Walau bagaimanapun, sebuah computer bus yang lebih berprestasi tinggi, iaitu PCI-E (PCI-Express), menjadi semakin popular di kalangan pengguna masakini. Dengan pengeluaran pelbagai graphics card baru oleh syarikat pengeluar seperti ATI dan nVidia menggunakan antaramuka PCI-E, maka populariti AGP dijangka akan semakin berkurangan pada masa akan datang.

Slot AGP pada motherboard biasanya bewarna coklat dan terletak bersebelahan slot PCI.

Slot AGP juga didatangkan dengan beberapa versi, iaitu AGP 1X, AGP 1.1X, AGP 2X, AGP 4X dan AGP 8X, dan setiap satu versi ini dipadankan kepada graphics card AGP mengikut kesesuaian. Contohnya graphics card dengan binaan antaramuka AGP 2X tidak boleh dipadankan pada slot AGP 4X, tetapi graphics card dengan binaan antaramuka 4X boleh dipadankan ke slot AGP 2X, begitulah seterusnya mengikut peningkatan nilai digit X. Selain itu, prestasi graphics card dari segi channel operation dan maximum data rate juga meningkat mengikut urutan menaik pekali X.


No comments:

Post a Comment