Maklumat Komputer: Router

20110219

Router


Router berfungsi sebagai sebuah alat penghubung di antara rangkaian yang berlainan. Semasa paket dihantar, router akan menjalankan beberapa proses penting antaranya ialah: membuat terjemahan protokol, mengemaskini jadual haluan, mengirim paket, membungkus paket dan membuka bungkusan paket. Selain itu juga router berperanan untuk menapis trafik dengan membenarkan paket tertentu sahaja. Ini membolehkannya bertindak sebagai alat pelindung ringkas bagi rangkaian anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan router:
  • Menghubungkan dua atau lebih rangkaian untuk membentuk satu rangkaian internetwork.
  • Menghubungkan dua rangkaian yang berlainan protokol.
  • Mengawal keselamatan rangkaian dengan membuat tapisan pada paket.

No comments:

Post a Comment