Maklumat Komputer: PCI & Slot PCI

20110219

PCI & Slot PCI


PCI
PCI (Perpheral Component Interconnect) merupakan salah satu daripada computer bus yang menyambungkan sesuatu peranti (device) atau peripheral ke sistem komputer. Dua kaedah sambungan peranti PCI ialah :

  1. Litar Bersepadu yang dibina pada motherboard sendiri (Onboard chip): Pada motherboard, terdapat cip-cip litar bersepadu (IC) yang bertindak sebagai device bagi sistem komputer, contohnya graphic adapter, sound adapter, network adapter dan lain-lain.
  2. Melalui peripheral (atau device) dalam bentuk expansion card yang dimasukkan ke slot PCI, contohnya graphics card, sound card, network card dan lain-lain.

Slot PCI
Semua motherboard masa kini mempunyai slot PCI sebagai tambahan atau ganti kepada ISA slot (yang menggunakan ISA bus). Terdapat dua hingga enam slot PCI pada sesuau motherboard, bergantung kepada jenis dan model.

Selain dari slot PCI, motherboard generasi terbaru juga menydiakan slot PCI-E.

Slot PCI-E
PCI-E merujuk kepada Peripheral Component Interconnect Express, PCI-Express juga merupakan salah satu daripada computer bus di mana ia mempunyai kadar pemindahan data yang berganda berbanding PCI. Selain itu, PCI-E menyokong penyambungan dua hala sesiri (serial, two way connection) berbanding PCI iaitu sambungan sehala selari (single parallel).

PCI-X
Merujuk kepada PCI – extended. Ia mempunyai kadar penghantaran data yang lebih tinggi sehingga 1Gbit sesaat berbanding PCI (133Mbit sesaat).

No comments:

Post a Comment